CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, December 28, 2008

Berjalan ke langit…berlari ke bintang kejora…

Berjalan ke langit…berlari ke bintang kejora…..


berlari ke langit Pictures, Images and Photos

Semua orang mempunyai cita-cita yang berbeza…semua orang ingin mencapainya….tak kesahlah dengan apa sekalipun kaedah dan caranya.

Dan ada juga hanya cita-cita menjadi satu fantasi yang tidak tahu ke mana realitinya…..
Tapi sekarang aku sedar…aku dah mempunyai cita-cita….Cuma yang perlu adalah berlari dengan seberapa yang pantas untuk mencapainya....
Seperti berjalan ke langit… dan berlari ke bintang…..

Mungkin kedengaran seperti bercakap kosong….yang penuh dengan angan-angan fantasi belaka…..tapi mungkin satu hari…ia boleh menjadi kenyataan….bak kata nenek ku..”kalau nak ada impian..mesti tanam dengan benih angan-angan…dan semai serta baja dengan usaha…baru cita-cita berbuah dan tumbuh dengan megahnya…..”

Sekarang biarlah apa orang nak kata..kita dah ada jalan .....biarlah kita teruskan dengan jalan yang kita pilih..dan yakin yang jalan yang kita pilih adalah yang terbaik untuk kita..”PERSETANKAN” kata makhluk-makhluk yang lain........yakin. yakin dan terus yakin........teruskan berjalan ke langit dan teruskan berlari ke bintang kejora......

CREATED..
Alif.Ya.JiM.AliF.LaM........

Saturday, December 27, 2008

promoter dan peminta sedekah???



promoter dan peminta sedekah???

aku bukan menghina atau mengkeji perkerjaan seorang promoter seperti peminta sedekah atau juga mengkeji peminta sedekah dengan seorang promoter....bagi aku kedua-duanye mampunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri...apa yang penting di sini adalah cap "HALAL" yang diinginkan.....

ak nak berkongsi sedikitlah tentang masa aku bekerja menjadi seorang promoter.......(promoter celcom)...
dulu ak adalah salah seorang pelanggan atau manusia yang tak suka sangat dengan orang2 promoter nie....menyebok sahaja.(terdetik dalam hatiku) ..kalau nak beli barang kat pasar raya....makhluk-makhluk promoter ini akan cuba "menyebok" dengan memberi seribu ayat kemanisan untuk menarik perhatian kita membeli produknye....sebab tu ak malas sangat nak layan dengan orang yang bekerja sebagai promoter...

tapi dunia nie dah terbalik..dengan kuasa tuhan...sekarang ini aku telah bekerja dan menjadi salah seorang promoter....huhuhu
balasan yang sama juga aku terima....ak rasa dah macam peminta sedekah kat orang......belum sempat aku nak cakap...semua orang akan berlalu pergi dengan mempamerkan muka tak berperikemanusiaan..ahahahaha (buat muka bodoh jerk) atau 10 km dia dah angkat tangan tak mau dengar!...tapi tak apalah.....dari situ kita belajarkan bagaimana nak berkomunikasi dengan baik dan belajar dalam untuk meyakinkan orang ramai....

mula-mula tu memang lah sakit hati...macam ingat kita nie nak mintak sedekah!.....rasa macam nak belasah je orang ramai yang wt macam tak tau je apa yang kita nak cakap.........tapi hari dami hari.minggu berganti minggu..muka aku dah macam tembok besar cina dah...dah jadi tebal...lantaklah apa yang orang lain pikirkan yang penting...kita cari dengan duit halal...betul tak???????


sekarang...baru aku tahu...bukan senang untuk menjadi seorang promoter...aku tabik spring lah kat promoter2 seluruh dunia nie..yang masih kekal bergelar promoter kerna bukan senang menjadi seorang promoter....nak yakinkan orang lagi....kena berkomunikasi dangan baik...tanggung risiko kalau produk yang dijual tak elok....dan menjadi mangsa maki hamun pelanggan....syarikat yang jual..promoter plak jadi mangsa......

aku harap semua mahluk-mahluk kat dunia nie....sekurang2nye bagi lah respect cikit kat promoter..kalau tak nak beli pun produk dia....cuba lah dengar sikit atau tolok dengan perkataan yang sopan..janganlah macam samakan promoter nie minta sedekah.atau menghina, mengamuk tak tentu pasal....kita nie juga manusia.....sekurang2-kurangnya....say...thanx you..or terima kasih ye dik...susah sangat ker??????


apa pun..kenangan sebagai seorang promoter tidak akan aku lupakan......sem akhir pun dah nak bukak...sekarang status aku sebagai mahasiswa telah kembali.....perjuangan terus dijuangkan.......
promoter you all the best...........

aynie + yan + rizal + aida + sat + thomas + siti + moon + lina + fatyn

created...
~alif+YA+Jim+aliF+Lam~