CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, January 3, 2012

usah mencari kesempurnaan

Tiada yang sempurna dalam hidup ini.... begitulah manusia... Mencari kesempurnaan yang tidak kesampaian... Kerana alam ini begitu luas... Tidak terjangkau oleh manusia... Untuk mencapai segalanya... Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh-Nya... Dan terus mencuba memperbaiki diri dan kesilapan lalu.... Jadilah yang terbaik.... bukan yang sempurna.... Kerana tiada yang sempurna kecuali yang Maha Esa....

Wednesday, December 21, 2011


DITAHAP MANA?

 Hampir 2 tahun aku menghambakan diri untuk aku mencari rezeki.
tapi itu bkan objektif utama aku, yang paling penting aku nak timba seberapa banyak pengalaman untuk aku. Cari seberapa boleh kemahiran yang aku belajar untuk aku tingkatkan segala kemahiran dan tahap aku sekarang.

hampir 2 tahun, aku merasakan graf aku mendatar sahaja, 
tak banyak yang aku pelajari, yang banyak aku pelajari, hanya manusia yang suka bertopeng, 
dan menikam sesama sendiri. 

dah rasa bosan! entah dimana tahap aku sekarang? 

mungkin dah tiba masanya untuk aku lompat ketali lain. 

Monday, December 19, 2011

 ...........teringin untuk mengakhiri segalanya.......



"SELAMAT TINGGAL SEGALANYA"



Monday, December 12, 2011

Wednesday, December 7, 2011



entry pada kali ini, aq nak beri sedikit kredit kepada kaum hawa (wanita) sesuangguhnya mereka ini perlu dijaga disayangi dan dihormati. mungkin sang teruna perlu mengetahui dengan lebih mendalam tentang wanita. sebenarnya aq juga perlu mempelajarinya...... oklah ada 10 perkara yang lelaki MESTI FAHAM tentang wanita

**************************************************
Apakah yang lelaki MESTI FAHAM tentang wanita?
**************************************************

Wahai kaum lelaki, ketahuilah bahawa SEORANG WANITA itu ;

  • Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  • Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  • Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  • Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  • Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  • Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  • Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  • Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  • Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

hmmm....renung-renungkan dan selamat beramal....

Tuesday, September 27, 2011


****************************************************
Soalan:
Sepanjang pengetahuan anda, adakah anda mengetahui rakan atau kawan-kawan anda pernah mempunyai tingkahlaku DEVIAN?

*****************************************************

hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh IPPBM (Institut penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia)







apa pendapat anda?

Saturday, September 24, 2011

Tanda-tanda lelaki belum sedia untuk BERKAHWIN....


*******************************************************************************
perkahwinan adalah suatu yang indah..tetapi ada lelaki yang tidak mahu berkahwin…antaranya ialah :
*******************************************************************************

1. Terus ‘tutup mulut’ apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediaannya untuk berumahtangga.

2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.

3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya.

4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna ‘ikatan’

5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya.

6. Mudah bercinta dengan wanita lain.

7. Tidak pernah membincangkan masalah peribadinya dengan anda. Juga tidak mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda.

8. Terlalu menganggap bahawa segala-galanya mesti sempurna.

9. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan-keburukan dirinya kepada anda.


SUMBER :informasi(dot)my

Thursday, September 22, 2011

************************************
MENUNGGU ITU BELUM PASTI.

**********************************************


tajuk entry pada kali nie berlawanan dengan tajuk lagu menunggu pasti.

sebab menunggu memng belum pastinya..

tp kuatkan semangat untuk terus menanti.



Wednesday, August 24, 2011

Hanya PesanKU


Bila angka sudah senantiasa tidak berada dalam keadaan kekal,

mengejar tahun demi tahun, hidup penuh dengan dugaan,

pemikiran semakin hari menampakan kematangan dalam meniti fasa kehidupan.

Betul dan salah, salah dan betul.


Hanya pesanku

Mungkin yang betul boleh jadi salah, dan salah mungkin boleh jadi betul…


Dugaan yang penuh ranjau,

perlu dihadapi dengan sebaik yang mungkin,

jika tidak, kaki yang terpasak ke bumi

mudah rebah diarus noda-noda kehendak keseronakan

yang hampir melupakan indentiti sendiri.


Hanya pesanku

Usah lena lama, takut tersungkur, dirimu merana.


Bila rasa diri sehebat pencipta.

Riak, takbur, sombong mula menjelma,

Salah siapa?

Bukan salah ibu yang mengandung,

Bukan salah bapa yang mengendong

Bukan salah guru yang mendorong


Hanya pesanku.

mungkin salah diri yang ceteknya nilai agama,

ompongnya nilai adat yang selama ini menjadi tunjang dalam kehidupan..


Fikirlah, jangan leka dengan keseronokan yang dimiliki yang hanya bersifat sementara,

takut terhantuk di kemudian hari, sesal pun dah tidak berguna


Hanya pesanku.

Kaki dua mu harus perpijak pada bumi yang nyata , serta hati mu senantiasa berpegang pada ajaran Sang Raja Pencipta,




Wednesday, March 30, 2011

"kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"


entry pada hari ini wa nak try menjinak2kan diri dengan pepatah orang lama dulu-dulu. sebab dulu pown time sekolah, wa tak lah teror sangat bermadah-madah and peribahasa nie..tapi seingat wa lah, pepatah nie maksudnya lebih kurang kerana seseorang itu buat kesalahan, or something mistake menyebabkan orang lain menerima tempiasnya. tapi bila dipikirkan secara dasarnya n kritisnya, sangat tak baik, kesian kat mereka disekeliling tuh. tapi sebanarnya "dalam setandan pisang tidak semua yang busuk, ada eloknya jugakan"


sebanarnya mood untuk citer pasai nila nie aku just cuma nak luahkan dalam dunia aku sekarang, aku banyak perhatikan manusia pada masa sekarang, hanya cuma melihat kebaikan, dan bila seseorang itu melakukan kesilapanan, secara tak langsung mereka akan terus melihat secara keseluruhannya individu itu tak elok, tak bagus dan sebagainya. mereka tak pernah ingat kebaikan yang pernah individu ini lakukan. tapi kenapa mudah sahaja mereka menghukum dan memberi stigma kepada inidvdu ini, nobdy perfect....kita belajar dalam kesilapan. so apalah salah kalau beri teguran., ini tidak terus menghukum.


so, sebagai manusia, yang hanya duduk dimuka bumi ini just sementara sahaja, kita belajar untuk menerima kekurangan yang ada dalam diri orang lain, sebab diri kita pown tidak sempurna. belajar untuk mengajar diri dan orang lain. sebab satu hari kita akan lakukan kesilapan? so adakah kita ingin diperlakukan sedemikian rupa?,.....

Wednesday, January 19, 2011

"dah LAma Tak Updated !"



lama sungguh tak update blog nie, rasanyer dah nak dekat 5 bulan jugak...sebenarnya ikut mood, kadang2 nak tulis, tapi baru je bukak blog, semua idea hilang.. sekarang sebok giler ngan keje. banyak sangat kajian n field work yang nak diuruskan. Alhamdullilah, rezeki tuhan. 



rasanyer tak terlambat kot, nak ucap" Happy New Year" kat semua orang. rasanyer banyak kenangan yang tak akan dilupakan salam tahun 2010. terutamanyer kedua grandma n grandpa, yang telah pergi untuk selama2lamanya, saya sangat menyayangi kamu. banyak kenangan bersama mereka yang tak boleh dilupakan, walaupun hari2 kena maki, n marah dengan dia, tapi rasanya, bila alam tak kean maki, rasa lain plak, macam kosong. apapun Al-Fatihah untuk arwah semoga ditempatkan dalam golongan orag-orang yang beramal soleh dan senantiasa dicucuri rahmat. AMIN.



untuk tahun 2011, perancangan rasanya dalam proses untuk menjadi yang lebih terbaik dari tahun 2011, umur makin lama semakin meningkat, yang penting tanggungjawab kepada ibubapa adalah yang terutama dan paling perdana.


semoga, setiap perjalanan dalam tahun 2011 ini, akan terus bersinar dan dipermudahkan hendak-NYA amin.

Wednesday, August 18, 2010


ramadhan al-mubarak



riuhsepi dingin dinihari

kumamah kalimah mengharap redha Illahi
sepajang hari meletakkan zahiri dan batini
di atas waras iman dijelajahi
~~~~~~~
kujelajahi kegelisahan yang dahaga
letih meniti hari mengutuh peribadi
tangkas menepis serangan sendiri
musuh dan lawan mengharum suci
~~~~~~~
ketika siap berbuka
kemenangan pula dahagakan cabaran lain
tarawih dan witir menjelmakan insan fakir
khusyuk patuh tunduk ke langit
~~~~~~~
ramadan almubarak
semarak kasih Illahi tak kemarau
gemuruh iman menakluk cahaya pedoman
hari-hari melayari kehidupan.